Salam sejahtera, tugasan minggu ketiga meminta kami memuat turun bahan yang mengandungi garis panduan dan etika penggunaan internet kemudian memindahkan inti utama bahan tersebut ke dalam broshur dan power point.
Tugasan minggu ini mudah bagi saya kerana saya sudah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang bagaimana menggunakan broshur dan power point. Pengetahuan sedia ada ini saya aplikasi dan murnikan lagi agar saya dapat menghasilkan power point serta broshur dengan baik. Selain itu, melalui tugasan minggu ketiga ini, saya dapat mempelajari satu topik baru iaitu hal berkaitan dengan garis panduan dan etika penggunaan internet. Setelah membuat pembacaan dengan teliti, akhirnya saya memahami dan lebih berhati-hati ketika menggunakan internet. |