Salam sejahtera, tugasan minggu keempat ini meminta kami untuk mencari bahan bagi setiap tajuk yang diberikan seperti sastera, tatabahasa dan ilmu bidang yang lain.
Bagi tugasan minggu ini, pengetahuan sedia ada yang sudah diajar dua minggu lalu mengenai cara mencari bahan di laman internet saya manfaatkan sepenuhnya untuk menyiapkan tugasan minggu keempat. Bahan sastera yang perlu kami cari ialah prosa dan puisi. Banyak laman mengenai bahan sastera ini yang dibuka di internet. Oleh yang demikian, mudah bagi guru untuk mencari bahan berkaitan sastera sekiranya diperlukan dalam pengajaran. Bahan tatabahasa juga tidak menjadi masalah kerana banyak laman yang menyediakan bahan yang sesuai di internet. Namun saya menghadapi sedikit masalah ketika membuat pencarian bagi bahan untuk ilmu bidang lain, kerana kami perlu mancari lapan bahan dan bukan mudah untuk mencari bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran harian. Namun atas bantuan rakan-rakan saya dapat juga memilih bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan bantu dalam pengajaran. |