Salam sejahtera, tugasan pada minggu kelima ini merupakan tugasan yang paling mencabar sepanjang saya dan rakan-rakan mengambil kursus BMM3105 ini. Minggu ini, kami dikehendaki membuat satu pakej pembelajaran yang sesuai digunakan di sekolah.
Menghasilkan pakej pembelajaran merupakan satu ilmu baru yang saya pelajari dalam kursus ini. Pada mulanya, kami dikehendaki menghasilkan pakej ini secara berkumpulan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami mengenai pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran yang kami hasilkan hendaklah sesuai untuk tahap murid serta bersesuian dengan rancangan pengajaran harian yang kami buat. Kerja berkumpulan sangat membantu saya untuk memahami cara-cara membuat pakej pemebelajaran. Kerja individu saya mulakan dengan membuat rancangan pengajaran harian yang sesuai untuk murid yang saya pilih. Kemudian saya mula membuat rangka serta memulakan kerja pembikinan. Penghasilan pakej pembelajaran melibatkan banyak unsur teknologi maklumat iaitu penggunaan video, audio, grafik serta teks yang sesuai sertea menarik perhatian murid. Setelah penggabungan semua unsur teknologi maklumat itu mantap, baharulah saya memindahkan pakej yang sudah siap itu ke dalam cakera padat untuk disemak dan digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. |