Salam sejahtera, tugasan pertama pada minggu ini meminta kami untuk mencari alamat internet, fail internet dan katalog internet yang berkaitan dengan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Melalui tugasan ini, saya dapat melawat ke laman sesawang untuk mencari alamat internet yang berkaitan dengan P&P BM sekolah rendah. Untuk memudahkan kerja yang diberi saya menggunakan laman pencarian seperti www.google.com untuk mencari maklumat yang diperlukan. Hasilnya, saya dapat menyiapkan tugasan pertama dengan baik. Kolaborasi yang dilakukan bersama pensyarah dan rakan-rakan membolehkan saya menyiapkan kerja mencari fail internet serta katalog internet yang berkaitan dengan P&P BM sekolah rendah. Seperti kata pepatah “berat sama dipikul ringan sama dijinjing” begitulah kerjasama yang kami tunjukkan dalam menyiapkan tugasan ini. |