Salam sejahtera, tugasan pada minggu kedua ini meminta kami untuk mencari dan memilih bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan enjin carian di internet.
Mungkin nampak agak mudah, tetapi kami dikehendaki mencari bahan dalam tiga kategori kemahiran bahasa iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Dalam setiap kategori kemahiran bahasa ini pula kami perlu mencari bahan dalam bentuk audio, video, grafik dan teks. Setelah berkolaborasi dengan rakan-rakan, saya memulakan tugasan dengan mencari bahan menggunakan enjin pencarian yang mereka sarankan contohnya www.youtube.com untuk mencari bahan dalam bentuk video untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Tugasan ini memberikan saya banyak pengetahuan mengenai cara memuat turun data dari internet dengan mudah. Tugasan ini memang banyak membantu guru mahupun bakal guru Bahasa Melayu sekolah rendah memilih bahan yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan bantu dalam pengajaran harian. Segala bahan yang saya dan rakan-rakan temui melalui tugasan minggu kedua ini kami simpan dalam folder dengan rapi bagi memudahkan pencarian semula pada masa hadapan. |